Archive for February, 2009

Kata Cinta | Cinta, Kasih Sayang & Belas Kasihan

Monday, February 9th, 2009

Cinta, kasih sayang dan belas kasihan. Anugerah Allah kepada manusia, seperti kata Quran:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)

Tentunya, cinta dan kasih sayang tak mampu berkata-kata. Tapi mampu menggerakkan manusia untuk melakukan hampir apa saja - yang baik dan yang buruk - demi orang yang disayangi. Inilah kata-kata cinta - dalam bentuk perbuatan.

Perbuatan yang terbaik, berkaitan cinta dan kasih sayang, ialah perbuatan yang dilakukan semata-mata kerana Allah. Tapi terlalu sedikit manusia yang mampu melakukannya. Biasanya, orang yang berkasih-sayang inginkan balasan dari orang yang disayangi. Tak berapa ikhlas. Tapi Tuhan menyuruh kita berkasih sayang dengan ikhlas - semata-mata kerana Allah. Ini dijelaskan dalam beberapa hadith Qudsi, termasuk yang ni:

Orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganKu akan menerima mimbar-mimbar daripada cahaya, yang sangat diidamkan oleh para anbia dan syuhada.

Melalui blog ni, saya akan tulis segala macam perkara yang berkaitan. Tapi semuanya cuma pandangan saya. Kalau sesiapa nak komen tentang apa-apa yang saya tulis, silakan. Mari kita bertukar pandangan dan berkenalan (kalau sudi).